#TipsXTRA: Fouziah Gous Kongsi Rutin Sebelum Keluar Rumah, Solat Dhuha & Zikir Antara Amalan Wajib

#TipsXTRA: Fouziah Gous Kongsi Rutin Sebelum Keluar Rumah, Solat Dhuha & Zikir Antara Amalan Wajib

By Aqilah Paharuzi | October 23, 2026, 8:20 AM

Setiap individu pastinya mempunyai rutin tersendiri sebelum memulakan hari, lebih-lebih lagi apabila perlu berdepan dengan pelbagai urusan dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Namun, bagi pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous, keyakinan diri bukan sekadar bergantung kepada penampilan luaran, sebaliknya turut bermula dengan persediaan mental, rohani serta fizikal.

Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Saya Tak Pernah Anggap Dugaan Itu Titik Terendah’ – Fouziah Gous Pilih Lihat Ujian Sebagai Jalan Dekat Dengan Allah

Artikel Berkaitan: POV XTRA: Pelakon Wanita Ada ‘Expiry Date’? Fouziah Gous Respons – ‘Kalau Masih Relevan, Jangan Kata Dah Tak Laku’

#TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan serta inspirasi kepada pembaca.

Menerusi segmen #TipsXTRA minggu ini, Fouziah berkongsi tiga perkara penting yang menjadi amalannya sebelum melangkah keluar rumah bagi memastikan dirinya lebih bersedia menjalani aktiviti harian.

1. Tetapkan Niat Dan Matlamat Sebelum Memulakan Hari

Menurut Fouziah, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah menetapkan niat serta mengenal pasti aktiviti yang perlu diselesaikan pada hari berkenaan.

Katanya, setiap urusan perlu dimulakan dengan tujuan yang jelas agar dirinya lebih fokus terhadap perkara yang ingin dicapai.

Sebelum keluar rumah, saya akan niat dahulu ke mana saya nak pergi. Sama ada saya akan ke pejabat terlebih dahulu atau perlu membuat siaran langsung di televisyen.

Saya akan fikir apa aktiviti saya pada hari tersebut dan apa pencapaian pada hari tersebut yang saya nak minta daripada Allah.

2. Amalkan Solat Dhuha Dan Zikir

Selain menetapkan niat, Fouziah turut menitikberatkan amalan kerohanian sebagai sebahagian daripada persediaan dirinya sebelum memulakan pekerjaan.

Jelasnya, solat Dhuha dan zikir merupakan antara amalan yang sentiasa diutamakan, khususnya apabila mempunyai urusan perniagaan.

Kalau saya perlu ke televisyen dahulu untuk berniaga, sebelum keluar rumah saya akan solat Dhuha.

Kalau belum masuk waktu Dhuha, perkara paling penting yang wajib saya buat sebelum bekerja adalah mengamalkan zikir.

Kalau banyak yang saya minta daripada Allah, maka saya akan tambahkan lagi amalan dan ganjaran yang lebih sedikit kepada Allah.

3. Jangan Keluar Rumah Dengan Perut Kosong

Dalam kesibukan menguruskan kerjaya dan perniagaan, Fouziah juga tidak mengabaikan keperluan fizikal sebelum memulakan aktivitinya.

Selain mengutamakan amalan kerohanian, dia memastikan dirinya mengambil sesuatu untuk mengisi perut serta minum air kosong sebelum keluar rumah.

Solat Dhuha, berzikir dan sudah tentu saya akan isi perut dengan produk saya serta air kosong.

Bagi Fouziah, ketiga-tiga perkara tersebut menjadi sebahagian daripada rutin hariannya dalam membuat persediaan sebelum menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon dan usahawan.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War

#TipsXTRA: Fouziah Gous Kongsi Rutin Sebelum Keluar Rumah, Solat Dhuha & Zikir Antara Amalan Wajib | Article | XTRApedia