Tips XTRA
#TipsXTRA: Bukan Sekadar Hafal Skrip, Atoi Tohet Kongsi Petua Buat Pendatang Baharu

#TipsXTRA: Bukan Sekadar Hafal Skrip, Atoi Tohet Kongsi Petua Buat Pendatang Baharu

By Naufal Zarir | November 12, 2026, 6:21 PM

Bukan mudah untuk membina nama dalam industri seni. Selain bakat, seseorang pelakon juga perlu memahami watak yang dibawa dan berani mencuba pelbagai peluang untuk mengembangkan kerjaya.

Menerusi segmen #TipsXTRA, pelakon Atoi Tohet berkongsi beberapa tip buat mereka yang baru ingin menceburi dunia lakonan. Antara perkara yang ditekankan ialah konsep ‘faham dan rasa’ ketika membawakan watak, selain tidak mudah berputus asa dalam mencari rezeki dalam industri seni.

1. Faham Dan Rasa Watak, Bukan Sekadar Hafal Skrip

Dalam dunia lakonan, menghafal dialog sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan sesuatu watak lebih hidup. Sebaliknya, pelakon perlu memahami maksud di sebalik setiap dialog dan menghayati emosi yang ingin disampaikan.

Atoi yang merupakan graduan bidang Seni Lakon dan Teater dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, menekankan konsep ‘faham dan rasa’ sebagai antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh pelakon baharu.

Ini bermakna seseorang pelakon bukan sekadar perlu menghafal skrip, tetapi juga memahami situasi yang dilalui oleh watak berkenaan supaya mampu menyampaikan dialog dengan penuh penghayatan.

Apabila pelakon benar-benar memahami dan merasai watak yang dibawa, lakonan akan kelihatan lebih semula jadi serta mampu membuatkan penonton turut merasai emosi yang ingin disampaikan.

Atoi Tips 1.png

2. Jangan Berhenti Mencuba, Rezeki Ada Di Mana-Mana

Selain itu, Atoi turut mengingatkan anak seni supaya tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha mencari peluang dalam industri hiburan.

Dia mengibaratkan usaha mencari rezeki seperti memancing yang memerlukan seseorang mencuba lebih daripada satu cara untuk mendapatkan hasil.

Kalau memancing, jangan letak satu pancing sahaja. Letak 10 pancing sebab kita tak tahu ikan akan makan pancing yang mana satu.

Begitu juga dalam industri seni, seseorang tidak seharusnya mengehadkan diri kepada satu bidang sahaja.

Sebaliknya, mereka digalakkan mencuba pelbagai peluang seperti berlakon, mengacara atau menyanyi kerana tidak tahu bidang mana yang bakal membuka pintu rezeki.

Perkongsian Atoi ini boleh dijadikan panduan buat pelakon baharu untuk terus belajar, menghayati watak dan berani mencuba peluang yang ada dalam usaha membina kerjaya seni.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War