POV XTRA
POV XTRA: Perlukah Setiap Kecaman Dibalas? Firdaus Ghufran Percaya Kesabaran Jalan Terbaik

POV XTRA: Perlukah Setiap Kecaman Dibalas? Firdaus Ghufran Percaya Kesabaran Jalan Terbaik

By Naufal Zarir | November 12, 2026, 5:21 PM

Media sosial kini menjadi platform utama orang ramai berkongsi pandangan, termasuk memberikan kritikan terhadap selebriti. Namun, kecaman yang diterima tidak semestinya mudah untuk dihadapi, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kehidupan peribadi dan imej seseorang anak seni.

Biarpun kritikan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, cara seseorang menghadapinya memainkan peranan penting agar pandangan negatif tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya mereka.

POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

Menerusi segmen POV XTRA kali ini, pelakon Firdaus Ghufran berkongsi pandangannya mengenai cara berdepan kecaman di media sosial, termasuk kepentingan membezakan kritikan yang membina dengan komen negatif.

1. Ambil Kritikan Yang Membina, Abaikan Komen Negatif

Kita kena adapt dan kita kena rasa macam okey, apa yang dia cakap mungkin ada yang betul, ada yang salah. Kita ambil yang jernih, kita buang yang kotor.

Menurut Firdaus, tidak semua kritikan yang diterima perlu ditolak kerana ada antaranya yang boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri.

Sebaliknya, seseorang perlu bijak menilai setiap komen dan mengambil perkara yang mampu memberikan manfaat kepada diri sendiri.

Jelasnya, kritikan yang munasabah boleh membantu seseorang berkembang menjadi individu yang lebih baik. Bagaimanapun, komen yang keterlaluan sehingga menjatuhkan maruah atau memberikan kesan negatif tidak seharusnya dibiarkan mempengaruhi kehidupan seseorang.

2. Jaga Imej Diri Dan Sentiasa Merendah Diri

Kita tak boleh nak control mulut orang. Jadi, apa yang kita perlu buat is just perlu berdiam diri dan menjadi humble. And bila orang jahat dengan kita pun, kita still baik dengan orang.

Mengulas lanjut, Firdaus berpendapat bahawa seseorang tidak mampu mengawal percakapan orang lain, sebaliknya hanya boleh mengawal tindakan dan cara mereka memberikan respons terhadap sesuatu perkara.

Baginya, menjaga imej diri sebagai seorang selebriti amat penting kerana setiap tindakan boleh mempengaruhi pandangan masyarakat.

Oleh itu, dia memilih untuk kekal merendah diri dan tidak membalas layanan buruk dengan perkara yang sama.

Firdaus POV 1.png

3. Kecaman Bukan Penghalang Untuk Terus Maju

Kecaman tu takkan boleh menjatuhkan. Even kita punya role model, Nabi Muhammad SAW pun, dikecam, dibaling batu pun, Baginda tetap juga berdiri untuk kibarkan dakwah.

Bagi Firdaus, kecaman tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang berhenti melakukan perkara yang diyakini baik.

Dia turut mengambil pengajaran daripada ketabahan Nabi Muhammad SAW yang tetap meneruskan dakwah meskipun berdepan pelbagai tentangan.

Dalam masa sama, pelakon itu berpendapat bahawa anak seni perlu memberikan tumpuan kepada usaha memperbaiki diri dan meningkatkan prestasi berbanding terlibat dalam kontroversi yang tidak mendatangkan manfaat.

4. Percaya Kesabaran Akan Membawa Kebaikan

Orang yang sabar ni selalu menang. Tak kiralah apa-apa pun hal, dia tetap menang sebab dia sabar.

Mengakhiri perkongsian, Firdaus menegaskan bahawa kesabaran merupakan perkara penting ketika berhadapan dengan kecaman dan pandangan negatif orang ramai.

Menurutnya, seseorang perlu memberikan ruang kepada diri sendiri untuk bertenang sebelum membuat sebarang keputusan atau memberikan respons terhadap sesuatu isu.

Pendekatan itu bukan sahaja dapat membantu mengelakkan perselisihan yang tidak perlu, malah membolehkan seseorang terus memberikan tumpuan kepada perkembangan diri dan kerjaya.

Bagi Firdaus, apa yang lebih penting adalah untuk terus berpegang pada prinsip yang baik, memperbaiki kelemahan diri dan tidak membiarkan kecaman menghalang seseorang daripada menjadi individu yang lebih baik.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War