
#TriviaXTRA: Beto Kusyairy Rupanya Peminat Sukan Ekstrem, Pantang Layanan ‘Double Standard’
By Aqilah Paharuzi | October 26, 2026, 7:04 PM
Ketika ramai yang kini semakin menggemari sukan popular seperti pickleball dan padel, lain pula ceritanya dengan pelakon, Beto Kusyairy yang lebih tertarik dengan aktiviti mencabar adrenalin!
Suka Extreme Sports!
Menerusi segmen #TriviaXTRA minggu ini, Beto mendedahkan dirinya sememangnya meminati sukan ekstrem seperti selam skuba (scuba diving) dan paragliding, malah kini sedang merancang untuk mencuba pengalaman terjun udara atau skydiving.
Saya suka extreme sport, scuba diving, paragliding. Zaman sekarang orang main pickleball, paddle dan sebagainya. Tapi saya kurang sikit. Sekarang dalam perancangan nak buat skydiving,” kongsinya.
Pantang Tengok Orang Dilayan Berbeza Kerana Status!
Namun, bukan sekadar minat terhadap aktiviti lasak yang mencuri perhatian, Beto turut berkongsi satu prinsip hidup yang cukup tegas, iaitu tidak gemar melihat seseorang dilayan secara berbeza hanya kerana pangkat atau status.
Menurutnya, setiap individu berhak menerima layanan dan penghormatan yang sama tanpa mengira sama ada mereka golongan kenamaan (VIP) mahupun orang biasa.
Saya tak suka apabila ada yang membezakan layanan terhadap orang VIP dan orang biasa-biasa. Double standard, pada saya kita perlu menyantuni dan hormat orang sama rata,” jelasnya.
Telefon Jadi Barang Wajib Dalam Beg!
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai satu barang yang wajib dibawa ke mana-mana, jawapan Beto berkenaan cukup ringkas iaitu telefon bimbit!



