Tips XTRA
#TipsXTRA: Doa Keluarga & Jaga Sikap, Ini 4 Perkara Yang Zarif Ghazzi Beri Tumpuan Dalam Lakonan

#TipsXTRA: Doa Keluarga & Jaga Sikap, Ini 4 Perkara Yang Zarif Ghazzi Beri Tumpuan Dalam Lakonan

By Naufal Zarir | November 19, 2026, 11:25 PM

Menceburi bidang lakonan bukan sekadar memerlukan bakat semula jadi, sebaliknya seseorang pelakon juga perlu mempunyai persediaan dan sikap profesional untuk memberikan persembahan terbaik. Lebih-lebih lagi buat mereka yang masih baharu dalam industri seni, setiap pengalaman di set penggambaran pastinya menjadi ruang untuk belajar dan memperbaiki mutu lakonan.

Menerusi segmen #TipsXTRA, pelakon Zarif Ghazzi berkongsi beberapa perkara yang dianggap penting dalam bidang lakonan. Antaranya termasuk cara dia mengatasi rasa gementar, pandangannya tentang sikap di set penggambaran serta kepentingan menghayati watak yang dibawa.

1. Doa Keluarga Bantu Hilangkan Rasa Gementar

Doa. Doa keluarga, doa ibu, doa ayah saya, doa orang-orang di sekeliling saya untuk hilangkan nervous saya through all the characters yang saya carry.

Bagi Zarif, antara perkara yang dilakukannya untuk mengatasi rasa gementar ketika membawakan sesuatu watak adalah dengan berdoa serta mengharapkan doa daripada insan tersayang.

Menurutnya, doa daripada ibu bapa, keluarga dan orang di sekeliling menjadi antara kekuatan yang membantu dirinya menghadapi setiap watak yang diberikan.

Zharif Tip 3.png

2. Sikap & Rasa Hormat Penting Di Set Penggambaran

Attitude sangat-sangat penting. Awak pandai nak berlakon macam mana, gifted awak macam mana, kalau awak tak ada attitude, awak tak akan boleh pergi jauh. Berhati-hati, hormat semua orang. Jangan hormat orang ikut level dia, hormat orang ikut umur dia.

Berkongsi pandangannya mengenai dunia lakonan, Zarif meletakkan sikap atau attitude sebagai antara perkara paling penting dalam industri seni.

Menurutnya, seseorang mungkin mempunyai bakat lakonan yang hebat, namun tanpa sikap profesional dan rasa hormat terhadap orang lain, mereka sukar untuk pergi jauh dalam industri seni.

Malah, bagi Zarif, rasa hormat terhadap orang lain tidak sepatutnya bergantung pada kedudukan atau jawatan seseorang kerana setiap individu di set penggambaran mempunyai peranan masing-masing.

3. Kualiti Projek Dan Kajian Watak Jadi Perhatian

Please choose good quality dramas, good quality project dan buat betul-betul. Study all the characters.

Selain sikap, Zarif turut menyentuh tentang kepentingan memilih naskhah dan projek yang berkualiti.

Baginya, seseorang pelakon juga perlu memberikan komitmen terhadap projek yang disertai, termasuk meluangkan masa untuk mengkaji watak agar dapat memahaminya dengan lebih mendalam.

Zarif Tips 2.png

4. Penghayatan Watak Lebih Penting Daripada Penampilan

Jangan cover handsome waktu berlakon. Sebab awak bukan bawa watak awak, awak bawa watak itu sendiri.

Zarif turut berkongsi pandangannya tentang penampilan pelakon ketika berada di hadapan kamera. Baginya, terlalu menjaga penampilan boleh menyebabkan seseorang pelakon kurang memberikan tumpuan kepada watak yang sedang dibawa.

Menurutnya, seseorang pelakon perlu menghidupkan watak berdasarkan personaliti dan emosi karakter tersebut, bukannya sekadar menampilkan diri sendiri di hadapan kamera.

Jelasnya, pelakon bukan membawa watak diri sendiri, sebaliknya menghidupkan karakter yang telah diberikan.

Perkongsian ini memperlihatkan perkara yang Zarif beri tumpuan dalam dunia lakonan, daripada menghargai doa keluarga dan menjaga sikap hinggalah memahami watak dengan sebaik mungkin.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Tertulis Kita Sampai Syurga

Tertulis Kita Sampai Syurga

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Kampung People

Kampung People

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Bread Barbershop (Season 1)

Bread Barbershop (Season 1)

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Bisik Asmara

Bisik Asmara

Racun Segumpal Hati

Racun Segumpal Hati

Please Excuse My Younger Brothers

Please Excuse My Younger Brothers

#TipsXTRA: Doa Keluarga & Jaga Sikap, Ini 4 Perkara Yang Zarif Ghazzi Beri Tumpuan Dalam Lakonan | Article | XTRApedia