Tips XTRA
#TipsXTRA: Bukan Sekadar Kaji Watak, Elisya Sandha Terbuka Belajar Daripada Pelakon Senior & Baharu

#TipsXTRA: Bukan Sekadar Kaji Watak, Elisya Sandha Terbuka Belajar Daripada Pelakon Senior & Baharu

By Naufal Zarir | November 27, 2026, 12:07 AM

Bukan mudah untuk membina nama dalam industri seni. Selain bakat, seseorang pelakon juga perlu membuat persediaan yang rapi dan sentiasa bersedia untuk belajar daripada orang lain.

Menerusi segmen #TipsXTRA, pelakon Elisya Sandha berkongsi pendekatannya dalam bidang lakonan. Antara perkara yang dititikberatkan ialah mengkaji watak dengan sebaik mungkin serta tidak malu untuk mendapatkan nasihat daripada pelakon lain.

Kaji Watak Dengan Sebaik Mungkin

Bagi Elisya, mengkaji sesuatu watak dengan sebaik mungkin merupakan antara perkara yang perlu dilakukannya sebelum membawakan watak tersebut dalam sesebuah karya.

Always study the character very well and jangan pernah sesekali rasa macam segan untuk tanya pelakon baru atau pelakon lama for advice.

Dia percaya, persediaan yang rapi dapat membantunya memahami karakter yang diberikan dan menyampaikan lakonan dengan lebih baik.

Alisya POV.png

Tidak Malu Belajar Daripada Pelakon Lain

Selain mengkaji watak, Elisya juga tidak malu untuk bertanya dan mendapatkan pandangan daripada pelakon lain, sama ada mereka yang sudah lama dalam industri mahupun yang baru bermula.

Tak kira you lama atau baru, as long as you adalah pelakon, whatever Elisya boleh dapat pengajaran daripada you, Elisya akan ambil.

Malah, Elisya turut mengakui dirinya tidak pernah meletakkan jurang antara pelakon senior dan baharu ketika mendapatkan nasihat.

Baginya, setiap individu mempunyai pengalaman serta ilmu tersendiri yang boleh dijadikan pengajaran.

Perkongsian ini memperlihatkan cara Elisya memperbaiki mutu lakonannya dengan sentiasa membuat persediaan dan terbuka untuk belajar daripada sesiapa sahaja tanpa mengira pengalaman mereka dalam industri seni.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Tertulis Kita Sampai Syurga

Tertulis Kita Sampai Syurga

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Bisik Asmara

Bisik Asmara

Racun Segumpal Hati

Racun Segumpal Hati

Please Excuse My Younger Brothers

Please Excuse My Younger Brothers

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

#TipsXTRA: Bukan Sekadar Kaji Watak, Elisya Sandha Terbuka Belajar Daripada Pelakon Senior & Baharu | Article | XTRApedia