#SkoolXTRA: ‘Pergi Mana-Mana Mesti Berkepit Dengan Girlfriend’ - Shahz Jaszle Akui ‘Clingy’ Sejak Zaman Sekolah

#SkoolXTRA: ‘Pergi Mana-Mana Mesti Berkepit Dengan Girlfriend’ - Shahz Jaszle Akui ‘Clingy’ Sejak Zaman Sekolah

By Aqilah Paharuzi | October 28, 2026, 9:55 PM

Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui oleh peminat.

Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Pernah Habis Simpanan, Berhenti Berlakon 11 Bulan… Shahz Jaszle Imbas Fasa Jadi Bapa – ‘Itu Pengorbanan Saya Paling Dahsyat’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Duit, Jadi Saya Tak Pilih Watak, Asalkan Job Itu Sesuai’ – Shahz Jaszle

Suka Berkepit Dengan Kekasih Di Sekolah

Menerusi segmen #SkoolXTRA minggu ini, pelakon Shahz Jaszle mengimbau kenangan zaman persekolahannya apabila mengakui dirinya seorang yang cukup romantik dan gemar berkepit dengan teman wanita sejak di bangku sekolah lagi.

Shahz mendedahkan dia tidak pernah segan menunjukkan sisi romantiknya, malah pernah memberikan surat cinta kepada gadis yang diminatinya.

Pernah bagi surat cinta pada ‘crush’. Saya seorang yang ‘clingy’, suka berkepit.

Daripada dulu lagi orang di sekolah kalau jumpa saya, mereka akan nampak saya dengan kekasih. Tak kisahlah dekat pusat sumber sekalipun.

Bagaimanapun, sikapnya yang gemar meluangkan masa bersama teman wanita itu pernah membuatkan rakan-rakan lelakinya berasa kurang senang.

Namun, Shahz mengakui dia tidak terlalu mengambil pusing mengenai perkara tersebut.

Kawan-kawan lelaki saya agak ‘annoyed’ juga, tapi saya tak kisah sangat.

Aktif Bersukan, Olahragawan Sekolah

Dalam pada itu, berkongsi mengenai kehidupannya sebagai pelajar, Shahz memberitahu bahawa dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan sehingga bergelar olahragawan sekolah.

Zaman sekolah saya olahragawan, memang sangat-sangat aktif. Saya masuk lumba lari, bola dan hoki.

Meskipun aktif dalam kegiatan kokurikulum, Shahz tidak menafikan dirinya turut mempunyai sisi nakal, namun masih menganggap dirinya sebagai pelajar yang baik.

Pelajar nakal tapi tengah-tengah saja, kira budak baik juga.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai mata pelajaran kegemarannya, Shahz memilih Matematik sebagai subjek yang diminati, tetapi tidak bagi Matematik Tambahan.

Subjek kegemaran saya Matematik, tapi saya tak minat Matematik Tambahan.

Ternyata, di sebalik personalitinya yang aktif bersukan dan sedikit nakal, Shahz turut menyimpan pelbagai kenangan manis zaman persekolahan, khususnya membabitkan kisah cinta remajanya.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War

#SkoolXTRA: ‘Pergi Mana-Mana Mesti Berkepit Dengan Girlfriend’ - Shahz Jaszle Akui ‘Clingy’ Sejak Zaman Sekolah | Article | XTRApedia