POV XTRA: Skrip Bagus, Pelakon Hebat Belum Cukup? Shaheizy Sam Dedah Tiga Elemen Penting Hasilkan Filem Berkualiti

POV XTRA: Skrip Bagus, Pelakon Hebat Belum Cukup? Shaheizy Sam Dedah Tiga Elemen Penting Hasilkan Filem Berkualiti

By Aqilah Paharuzi | October 16, 2026, 7:01 PM

Skrip yang mantap, lakonan yang berkesan dan sentuhan pengarah yang kreatif sememangnya menjadi antara elemen penting dalam menghasilkan sesebuah drama atau filem berkualiti.

Namun, antara ketiga-tiganya, adakah kekuatan jalan cerita menjadi penentu utama atau sebenarnya visi pengarah dan kemampuan pelakon yang mampu mengangkat sesebuah karya ke tahap lebih tinggi?

Artikel Berkaitan: POV XTRA: Usia Ubah Perspektif Shaheizy Sam, Dulu Kejar Lamborghini, Rumah Banglo… Kini Pilih Rasa Cukup & Tenang

Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Bila Sebuah Watak Mengajar Erti Hidup, Shaheizy Sam Temui Makna Menghargai Menerusi Filem Badak

Tiga Elemen Penting Hasilkan Filem

POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

Menerusi segmen #POVXTRA kali ini, pelakon Shaheizy Sam berkongsi pandangannya mengenai elemen penting yang menjadi penentu kepada kualiti sesebuah naskhah drama atau filem.

Menurut Sam, kekuatan sesebuah karya bermula daripada skrip yang berkualiti sebelum diperkemaskan lagi menerusi sentuhan kreatif pengarah dan barisan pelakon.

Untuk pembikinan drama atau filem, sudah semestinya bagi saya kita bermula daripada sebuah naskhah untuk menentukan sama ada cerita itu bagus atau tidak.

Kemudian, naskhah itu akan dipercantikkan dan diperbaiki oleh pengarah serta pelakon.

Apabila kita kata titik permulaan itu adalah daripada naskhah, sudah tentu ia perlu bagus. Jadi, kita kena galakkan lebih ramai lagi orang untuk menulis skrip.

Bagaimanapun, pelakon filem Polis Evo itu menegaskan skrip yang baik sahaja belum cukup untuk menjamin keberkesanan sesebuah karya tanpa kepimpinan pengarah yang mempunyai visi jelas.

Malah, Sam menyifatkan pengarah sebagai nakhoda yang bertanggungjawab menentukan hala tuju keseluruhan penceritaan, biarpun sesebuah produksi dibarisi pelakon hebat.

Selain daripada skrip, pengarah juga memainkan peranan penting untuk memastikan apa yang ditunjukkan dalam drama atau filem itu bagus.

Pengarah ini adalah kepala, nakhoda. Walaupun pelakon dah sangat bagus, tapi masih tetap tak boleh nak melawan visi pengarah.

Tetapi pelakon yang bagus boleh membantu memperbaiki filem atau drama itu dalam peratus yang banyak.

Pandangan tersebut sekali gus memperlihatkan kepentingan kerjasama antara penulis skrip, pengarah dan pelakon dalam menghasilkan karya yang bukan sahaja mempunyai jalan cerita menarik, malah mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Jadi, pada pandangan anda, antara skrip, pengarah dan pelakon, yang mana satu paling memainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesebuah drama atau filem?

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War