POV XTRA: 'Kalau Live Tak Boleh Buat Sama Macam Recording, Itu Bukan Highest Note Dia' – Ajai

POV XTRA: 'Kalau Live Tak Boleh Buat Sama Macam Recording, Itu Bukan Highest Note Dia' – Ajai

By Aqilah Paharuzi | October 22, 2026, 4:03 PM

Kemampuan seseorang penyanyi mencapai nota tinggi atau high note sering menjadi perhatian, namun adakah ia benar-benar menjadi penanda aras kepada kekuatan sesebuah lagu?

Artikel Berkaitan: Vokal Tinggi Bukan Segalanya, Mengapa Ada Yang Masih Anggap Penyanyi Perlu ‘Menjerit’ Untuk Menang AJL?

Artikel Berkaitan: Bukan Vokal Tinggi Semata-Mata! Dari Penghayatan Emosi Hingga Karisma, Ini 8 Elemen Yang Membina Seorang Bintang

Vokal Tinggi Adalah Bonus

POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

Menerusi segmen #POVXTRA hari ini, komposer dan penerbit muzik, Ajai berkongsi pandangannya mengenai kepentingan high note dalam sesebuah lagu, selain mengulas persoalan sama ada penyanyi muda terlalu obses untuk mempamerkan kemampuan vokal menerusi nota tinggi.

Menurut Ajai, kekuatan sesebuah lagu tidak semestinya bergantung kepada kemampuan penyanyi mencapai nota tinggi atau rendah, sebaliknya terletak pada keindahan melodi dan keselesaan pendengar menikmati sesebuah karya.

High note ini adalah extra bonus dan kekuatan sesebuah lagu itu juga bukan bergantung kepada low note ataupun high note, tetapi kesedapan mendengar.

Ada juga lagu yang rendah tapi sedap didengar, dan ada juga lagu yang tinggi juga sedap didengar.

'Tak Semestinya Sedap Pada Pendengar'

Dalam pada itu, Ajai turut menekankan kemampuan vokal seseorang penyanyi perlu dinilai berdasarkan kesesuaian lagu dan bukan semata-mata kehebatan mencapai nota tinggi.

Jelasnya, peranan penerbit muzik juga penting dalam memastikan setiap bahagian lagu disusun mengikut kemampuan serta kelebihan vokal penyanyi terbabit.

Ada juga high notes penyanyi itu sedap pada dia tapi tak sedap pada pendengar. Ada juga yang low note dia sedap.

Jadi dekat situ penyanyi juga perlu ada penerbit yang tahu di mana nak meletakkan bahagian mana yang sesuai.

Mengulas mengenai kecenderungan penyanyi muda untuk menonjolkan high note, Ajai berpandangan kemampuan tersebut seharusnya dapat dibuktikan ketika persembahan secara langsung dan bukan hanya menerusi rakaman di studio.

Kalau high note sedap dibawa secara langsung, itulah nyawa dia. Dan kalau secara siaran langsung tak boleh sampaikan high note dalam recording, maknanya itu bukan highest note penyanyi itu.

Pandangan Ajai itu sekali gus membuka perspektif kehebatan seseorang penyanyi bukan sekadar terletak pada setinggi mana nota yang mampu dicapai, tetapi juga keupayaan menyampaikan sesebuah lagu dengan baik, khususnya ketika membuat persembahan secara langsung.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War

POV XTRA: 'Kalau Live Tak Boleh Buat Sama Macam Recording, Itu Bukan Highest Note Dia' – Ajai | Article | XTRApedia