POV XTRA: Takut Diri Dikuasai Sifat Sombong & Riak, Ini Doa Yang Tidak Pernah Dilupakan Aeril Zafrel

POV XTRA: Takut Diri Dikuasai Sifat Sombong & Riak, Ini Doa Yang Tidak Pernah Dilupakan Aeril Zafrel

By Aqilah Paharuzi | October 28, 2026, 9:31 PM

Biarpun sudah lama mencipta nama dalam industri seni tanah air, pelakon, Aeril Zafrel tetap mengutamakan sifat rendah diri dalam menjalani kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: ‘Jangan Bergaduh Depan Anak-Anak’ – Aeril Zafrel Kongsi Prinsip Didikan Dalam Keluarga

Artikel Berkaitan: #TriviaXTRA: Jarang Kongsi Di Media Sosial, Aeril Zafrel Rupanya Suka Berkebun & Masuk Hutan

POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

Menerusi segmen #POVXTRA hari ini, Aeril berkata antara perkara yang sering dipohon dalam setiap doanya adalah supaya dirinya sentiasa dijauhkan daripada sifat sombong dan riak.

Menurut pelakon itu, doa berkenaan menjadi antara amalan yang sentiasa dititipkan kepada Allah SWT agar dirinya tidak mudah hanyut dengan sifat negatif tersebut.

Apa yang saya selalu berdoa supaya dihindarkan daripada sifat sombong dan riak. Itu antara doa yang saya selalu amalkan.

Perkongsian ringkas namun penuh makna itu memperlihatkan betapa pentingnya menjaga hati dan keperibadian, lebih-lebih lagi apabila bergelar figura yang dikenali ramai.

Malah, doa yang diamalkan Aeril turut menjadi peringatan kejayaan dan populariti bukanlah alasan untuk seseorang berasa lebih hebat daripada orang lain.

Bukan sekadar mengejar kejayaan dalam kehidupan, tetapi memiliki hati yang sentiasa terpelihara daripada sifat mazmumah juga merupakan satu nikmat yang wajar dipohon secara berterusan.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War

POV XTRA: Takut Diri Dikuasai Sifat Sombong & Riak, Ini Doa Yang Tidak Pernah Dilupakan Aeril Zafrel | Article | XTRApedia