Di Sebalik Kejayaan Gema Bumantara, Apa Lagi Impian Siti Nurhaliza Untuk Muzik Tradisional?

Di Sebalik Kejayaan Gema Bumantara, Apa Lagi Impian Siti Nurhaliza Untuk Muzik Tradisional?

By Kamaruddin Razal | November 3, 2026, 8:30 PM

Kejayaan sesebuah konsert bukan sekadar diukur melalui kemeriahan pentas atau jumlah penonton yang hadir, tetapi juga sejauh mana persembahan itu mampu meninggalkan kesan selepas tirainya dilabuhkan.

Bagi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara bukan sekadar memenuhi impiannya untuk mengangkat muzik tradisional, malah membuka ruang untuk karya warisan terus diraikan oleh masyarakat.

Tie_Gema3.jpg

Biarpun konsert tersebut sudah melabuhkan tirai, Siti mengakui dirinya masih belum dapat melupakan pengalaman dan sambutan luar biasa yang diterima.

Persoalannya, selepas kejayaan tersebut, apakah lagi perancangan Siti untuk memastikan muzik tradisional terus mendapat tempat dalam industri seni?

Di Sebalik Kejayaan, Ada Ribuan Insan

Ketika ditemui XTRApedia baru-baru ini, Siti yang menerima dua pengiktirafan daripada ASEAN Records dan Asia Records menerusi Konsert Legacy 30 dan Gema Bumantara meluahkan rasa syukur atas pencapaian tersebut.

Bagaimanapun, pelantun lagu Syurgaloka itu menegaskan kejayaan berkenaan bukan hasil usahanya seorang, sebaliknya turut melibatkan kerja keras ramai individu di belakang tabir.

SitiNurhaliza_GemaBumantara4.jpg

Saya boleh katakan beribu orang yang terlibat untuk konsert Legasi 30 dan juga Gema Bumantara. Mereka inilah yang sebenarnya saya dedikasikan anugerah ini.

Menurut Siti, tanpa komitmen pasukan yang terlibat, kedua-dua konsert tersebut mungkin tidak dapat dipersembahkan dengan begitu hebat dan gah.

SitiNurhaliza_GemaBumantara2.jpg

Gema Bumantara 2.0 Bakal Jadi Kenyataan?

Mengulas kemungkinan penganjuran Gema Bumantara 2.0 seperti yang dicadangkan warganet, Siti mengakui sudah menerima permintaan untuk mengadakan semula konsert berkenaan.

Namun, dia tidak mahu terburu-buru kerana penganjuran sebuah konsert berskala besar memerlukan perancangan yang teliti.

Saya perlukan masa, saya perlukan perancangan yang teliti untuk kalau nak buat konsert besar.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, sekiranya konsert tersebut kembali dianjurkan, dia mahu memastikan terdapat pembaharuan atau nilai muzik tradisional yang boleh diketengahkan.

Malah, Siti turut membayangkan sebuah lagi konsert berkonsep besar mungkin tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana dia sendiri masih menikmati kenangan Gema Bumantara.

Mahu Muzik Tradisional Terus Dihargai

Menariknya, Siti turut berkongsi mengenai sambutan positif terhadap lagu-lagu tradisional yang dipersembahkan menerusi Gema Bumantara.

Bagi penyanyi lagu Di Kayangan Kita itu, perkembangan tersebut merupakan maklum balas positif, bukan sahaja terhadap persembahannya, tetapi juga kepada rakan-rakan penggiat industri muzik.

Tie_Gema2.jpg

Lebih bermakna, dia masih terharu dengan kehadiran penonton yang pertama kali menyaksikan persembahan muzik tradisional berskala besar dan tidak menyangka kehebatan yang mampu ditampilkan menerusi genre tersebut.

Siti turut menghargai semangat penonton yang tetap memberikan sokongan walaupun berdepan keadaan hujan ketika persembahan berlangsung.

Buat masa ini, Biduanita Negara itu memilih untuk menikmati kejayaan dan kenangan Gema Bumantara sebelum menentukan langkah seterusnya.

Barangkali, nilai terbesar Gema Bumantara bukan sekadar pada pengiktirafan yang diterima, tetapi bagaimana ia membuka ruang untuk muzik tradisional terus didengar, dihargai dan diraikan oleh generasi hari ini.

Top Minggu Ini

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Anugerah Tanpa Cahaya

Anugerah Tanpa Cahaya

Purina Felix Cat Fashion Week

Purina Felix Cat Fashion Week

Hanya Untuk Dia

Hanya Untuk Dia

Bread Barbershop (Season 2)

Bread Barbershop (Season 2)

Neraka Yang Terhijab

Neraka Yang Terhijab

Hilang Dalam Rindu

Hilang Dalam Rindu

BLEACH: Thousand-Year Blood War

BLEACH: Thousand-Year Blood War