Bakat Turun-Temurun! 6 Anak Artis Ini Ikut Jejak Ibu Bapa Dalam Dunia Seni

Bakat Turun-Temurun! 6 Anak Artis Ini Ikut Jejak Ibu Bapa Dalam Dunia Seni

By Naufal Zarir | November 16, 2026, 11:11 PM

Bukan sekadar mewarisi rupa paras, ada antara selebriti tempatan yang turut mewarisi bakat seni daripada ibu bapa mereka!

Daripada bidang nyanyian hinggalah persembahan di atas pentas, kehadiran mereka membuktikan bahawa legasi seni keluarga mampu diteruskan oleh generasi seterusnya.

Lebih menarik, ada antara mereka yang mula mencipta nama sendiri dan mendapat perhatian ramai menerusi bakat serta usaha yang ditunjukkan.

Jom kita lihat enam selebriti yang mewarisi bakat seni daripada ibu bapa mereka!

1. Azeva

Azeva.png

Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida dan penyanyi Datuk Ameng Spring, Azeva turut mengikut jejak langkah ibu bapanya dalam industri hiburan tempatan.

Nama Azeva mula mendapat perhatian ramai selepas menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bersama ibunya yang bertindak sebagai pengurus.

Menerusi pertandingan tersebut, Azeva berjaya melangkah ke pentas akhir dan meraih tempat keempat.

Menariknya, Azeva bukan sahaja mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya, malah turut menunjukkan minat dalam bidang lakonan seperti ibunya yang mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbitan.

Lebih membanggakan, Azeva turut melancarkan single berjudul Tanpa Rasa Jemu yang liriknya ditulis sendiri oleh ibunya, Datuk A. Aida serta menjadi pengacara program realiti Big Stage.

Dengan sokongan kedua-dua ibu bapanya, Azeva kini semakin serius mengembangkan kerjaya seni dan berusaha membina nama serta identiti sendiri dalam industri hiburan.

2. Hussain

Husain.png

Nama Hussain semakin mendapat perhatian selepas menyertai program realiti Talk To My Manager dan Big Stage.

Anak kepada penyanyi Jamilul Hayat ini mula mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian sehingga berjaya membuka peluang untuk mencipta nama dalam industri hiburan tempatan.

Menariknya, Hussain bukan sahaja mahu mengembangkan kerjaya seni, malah turut menyimpan hasrat untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapanya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.

Perjalanan seninya menjadi bukti bahawa bakat dan usaha mampu membuka ruang kepada generasi baharu untuk meneruskan legasi keluarga.

3. Anggrek

Angrek.png

Anak sulung kepada penyanyi Adira Suhaimi, Anggrek Adenan semakin mencuri perhatian ramai menerusi bakatnya dalam bidang nyanyian dan tarian.

Namanya mula menjadi sebutan selepas menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang memperlihatkan potensinya sebagai seorang penghibur pada usia muda.

Lebih membanggakan, Anggrek bersama ibunya berjaya muncul sebagai juara TTMM2 pada Jun 2026.

Keupayaannya menyampaikan pelbagai genre lagu, menghafal koreografi serta memberikan persembahan bertenaga di atas pentas membuatkan ramai kagum.

Meskipun masih muda, Anggrek dilihat berpotensi untuk mengikuti jejak langkah ibunya dalam industri seni, dengan Adira sentiasa memberikan sokongan terhadap perkembangan bakat anaknya.

4. Zaki Yamani

Zaki.png

Nama Zaki Yamani sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah ini mula menunjukkan minat terhadap bidang nyanyian sejak kecil dan memilih untuk mengembangkan bakatnya menerusi karya sendiri.

Walaupun mempunyai bapa yang terkenal dalam industri muzik, Zaki mahu membina identiti tersendiri dan tidak hanya bergantung kepada populariti keluarganya.

Kini, selain bidang nyanyian, dia turut melebarkan sayap dalam bidang lakonan yang membuktikan kesungguhannya untuk meneroka cabang seni yang berbeza.

5. Thalita

Thalita.png

Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib serta penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra atau lebih mesra disapa Thalita turut mencuri perhatian menerusi bakat nyanyiannya.

Persembahannya ketika menyampaikan lagu Kesetiaan yang pernah dipopularkan oleh arwah ibunya mengundang sebak dan menyentuh hati ramai peminat.

Bakat Thalita bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai, malah turut menerima pujian daripada penggiat muzik.

Komposer Ajai pernah menyifatkan Thalita mempunyai daya tarikan ketika berada di atas pentas yang mengingatkannya kepada Siti Sarah ketika mula-mula dikenali.

Dengan sokongan keluarga dan bimbingan yang sesuai, Thalita berpeluang untuk terus mengembangkan bakatnya mengikut identiti sendiri.

6. Ahmad Merrah

Merrah.png

Ahmad Merrah atau nama penuhnya Putra Ahmad Merrah merupakan anak kepada penyanyi rock terkenal, Datuk Awie yang juga vokalis kumpulan Wings.

Walaupun pada awalnya merancang untuk menceburi bidang perniagaan, minatnya terhadap nyanyian semakin berkembang selepas menerima peluang untuk membuat persembahan.

Merrah mengakui perjalanan untuk menjadi penyanyi yang baik bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila bapanya sudah mempunyai nama besar dalam industri muzik.

Namun, respons positif yang diterima daripada orang ramai mendorongnya untuk terus mengasah kebolehan dan membina identiti sendiri sebagai penyanyi generasi baharu.

Baca Juga Artikel Lain

Top Minggu Ini

Tertulis Kita Sampai Syurga

Tertulis Kita Sampai Syurga

Sepenuh Hati Rindu

Sepenuh Hati Rindu

Kampung People

Kampung People

Kisah Cinta Kita

Kisah Cinta Kita

Sihir Isteri

Sihir Isteri

Bread Barbershop (Season 1)

Bread Barbershop (Season 1)

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sebenarnya Saya Isteri Dia

Bisik Asmara

Bisik Asmara

Racun Segumpal Hati

Racun Segumpal Hati

Please Excuse My Younger Brothers

Please Excuse My Younger Brothers

Bakat Turun-Temurun! 6 Anak Artis Ini Ikut Jejak Ibu Bapa Dalam Dunia Seni | Article | XTRApedia